Dutchess County Office Building |
Dutchess Community College, Poughkeepsie, New York..... Itulah maklumat yang tertera di dalam surat tawaran yang kuterima sekitar pertengahan tahun 1981. Lantas kucari peta untuk mencari kedudukan bandar Poughkeepsie. Maklumlah ketika itu belum ada Google map, apa tah lagi Wikipedia. Ketika itu, aku cuma dapat mengagak akan kedudukan bandar Poughkeesie adalah ke utara New York City dan ianya terletak di tepi Hudson River. Namanya juga agak pelik. Untuk mengetahui asal usul nama Poughkeepsie, sila ke pautan berikut.
http://www.townofpoughkeepsie.com/
Bandar kecil yang aman-damai, meninggalkan banyak kenangan manis buat kami berdua. Ketika itu ia adalah bandar yang didiami oleh ramai warga emas. Kami menggunakan perkhidmatan bas untuk ke kolej atau membeli barang-barang keperluan di pasaraya. Hanya satu perkhidmatan bas yang mempunyai 2 laluan ketika itu, iaitu Northside A & Northside B. Kini, bandar tersebut telah mempunyai beberapa perkhidmatan bas yang berbeza,

Surat-menyurat adalah medium perhubungan utama dengan keluarga di Malaysia sekitar tahun 80an dahulu. Oleh itu, pejabat pos adalah tempat yang sering kami kunjungi. Terletak di hujung bandar, ianya adalah sebuah bangunan lama namun masih kekal cantik hingga ke hari ini.
Poughkeepsie Post Office
Terdapat beberapa buah bangunan baru dalam pusat bandar tersebut, seperti hotel (dahulu cuma ada motel sahaja), parkir kereta bertingkat dan bangunan kedai-kedai baru.
|