Pasar terapung di Lok Baintan |
Klotok - perahu yang membawa pelancung |
Kebanyakan orang memilih untuk duduk di atas lantai klotok |
Motosikal menggunakan titi yang diperbuat dari kayu. Titi itulah yang menyambungkan setiap rumah |
Terdapat kedai runcit di antara rumah-rumah di tepian Sungai Martapura |
Mencedok air untuk kegunaan harian |
Kelihatan seorang wanita membasuh pakaian |
Kami sampai ke pasar terapung di Lok Baintan sekitar pukul 7.05 pagi. Para penjual menggunakan perahu yang lebih kecil dipanggil jukung. Kebanyakkan penjual adalah wanita Banjar. Aku kagum dengan semangat mereka kerana mampu mendayung menongkah arus untuk mencari sesuap nasi. Malahan ramai yang lebih berusia dariku. Ada yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran, makanan, minuman dan cenderahati. Tawar-menawar adalah perkara biasa ketika kita membeli dengan para peniaga.
Perahu kecik yang dikenali sebagai jukung |
Tawar-menawar adalah perkara biasa |
Kuih yang kami beli |
Setelah kami berada di pasar terapung selama lebih-kurang setengah jam, pengemudi klotok membawa kami pulang ke hotel. Perjalanan pulang adalah singkat kerana perjalanan kami mengikut aur air sungai.
Suamiku sempat berbisik kepadaku kenapa dia bersungguh-sungguh membawa aku menaiki klotok ke pasar terapung tersebut..... Lawatan ke Banjarmasin tidak akan lengkap kalau tidak turut serta ke pasar terapung menaiki klotok. Terima kasih buat suamiku.
Satu pengalaman yang takkan kulupakan.....Terima kasih Ya Allah kerana aku diberikan kesempatan ini untuk ke Pasar Terapung di Lok Baintan. Walaupun dalam kepayahan aku mampu melangkah masuk ke dalam klotok.....
Banjarmasin juga dikenali sebagai Kota Seribu Sungai.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan